Hari Solstis, Jun 2009

mengomel sayu, meratap siang
dalam cahaya bunga kuning
bunyi ciak mendodoi petang
panjang rupamu dilukis bayang
Setahun rasanya sehari
Bila panjang rumput bawah teduhan daun
Menangis dan dalam tangisannya berbunyi
Mentari condong, langit mendung
Dan suka dan darah tumpah ke tanah
Kerana ini saja harinya bukan esok
Kerana esok petang sepanjang jalan
Bila tahun datang dan daun gugur
Dan rumput pudar dan bunga padam
Semusim hanya sehari dalam ingatan
Sekejap pudar sekelip hilang
Dan tahun esok hanya tahun ini
Dalam kenangan...

